best college application essay about yourself warwick university online essay submission dissertation survey essay writers kijiji custom masters level papers written dissertation help ireland usa 50 essays a portable anthology literature review sample for research paper writing service notes medicaid phd research proposal on education

Majlis Penyerahan Cermin Mata

Pada 5 September 2019 bersamaan hari Khamis, telah diadakan satu majlis iaitu Majlis Penyerahan Cermin Mata Projek “Better Brighter Vision”. Sebanyak 3 buah sekolah menengah terlibat dalam majlis ini iaitu SMK Seri Pantai, SMK Bukit Bandaraya dan SMK Bangsar. SMK Seri Pantai telah menjadi tuan rumah untuk majlis ini. Pelajar SMK Seri Pantai telah menjadi penerima penyerahan cermin mata yang tertinggi daripada 3 buah sekolah. Ibu bapa penerima juga turut melengkapkan majlis di samping penglibatan guru-guru dan para pelajar.

cm1Atur cara majlis dimulakan dengan ketibaan dan pendaftaran pelajar pada pukul 8.45 pagi. Pada pukul 9.00 pagi, YDP PIBG dan ibu bapa tiba di lokasi majlis. Seterusnya, ketibaan En. Matthew Chan Chin Meng (Pengurus Besar Hospital Mata Tun Hussein Onn (THONEH), ketibaan YBhg. Dato’ Muhammad Razif Abdul Rahman ( Ketua Pegawai Insan Tenaga Nasional Berhad ) dan YB Ahmad Fahmi bin Mohamed Fadzil ( Ahli Parlimen Lembah Pantai ). Majlis rasmi bermula pada pukul 10.00 pagi dengan iringan lagu Negaraku.

cm3

cm2

 

Di samping itu, majlis memohon berkat Ilahi dengan bacaan doa oleh Ustaz Khairul Anuar bin Mohamed. Seterusnya, majlis diserikan dengan tayangan video montaj “Projek Better Brighter Vision”. Majlis tidak lengkap tanpa ucapan daripada pengetua SMK Seri Pantai iaitu En. Wan Mohd Zaidi bin Wan Mahmood, YBhg. Dato’ Muhammad Razif Abdul Rahman dan YB Ahmad Fahmi bin Mohamed Fadzil. Akhir sekali, acara yang ditunggu-tunggu oleh para penerima cermin mata ialah penyerahan sumbangan cermin mata dan sesi bergambar.

cm5cm7

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

Tuntasnya, diharapkan agar semua penerima cermin mata dari pihak THONEH mendapat manfaat dan menggunakan cermin mata dengan sebaik-baiknya. Ribuan terima kasih diucapkan kepada semua yang terlibat secara langsung mahupun tidak langsung dalam menjayakan majlis penyerahan ini.

cm4

pameran juga turut diadakan

cm6

aktiviti jualan dari koperasi