dissertation writing nyc events write a good introduction for an essay owl online homework online theses essay about students and social service retail business plans best dissertation writers 9th part of a research paper

Majlis Anugerah Cemerlang HEM dan Kokurikulum 2019

 Pada hari Jumaat bersamaan 27 September 2019, telah berlaku satu Majlis Anugerah Cemerlang HEM dan Kokurikulum. Seramai 150 orang murid terlibat dalam majlis ini. Majlis ini dihadiri oleh Tn. Haji Nor Adzmi bin Baba (Ketua Unit Kokurikulum, Sektor Pengurusan Pembangunan Kemanusiaan JPWPKL) iaitu tetamu terhormat SMK Seri Pantai.

ha2Majlis bermula dengan pendaftaran para tetamu pada pukul 7 pagi. Pada pukul 8.30 pagi, berlangsungnya perarakan masuk tetamu kehormat, pemeriksaan perbarisan badan beruniform dan nyanyian lagu Negaraku, lagu Wilayah dan lagu Sekolah. Ucapan pengetua sekolah, En. Wan Mohd Zaidi bin Wan Mahmood bermula pada jam 9 pagi seterusnya ucapan perasmian tetamu kehormat, Tn.Haji Nor Adzmi bin Baba. Persembahan nyanyian yang bertajuk “Standing in the Eyes of the World” pula disajikan buat para tetamu yang dipersembahkan oleh Diana dan Amin pada jam 9.20 pagi. Pada jam 9.30 pagi pula bermulalah sesi penyampaian sijil dan hadiah buat para murid, guru, dan warga sekolah yang telah menyumbang khidmat bakti kepada sekolah. Terdapat juga 2 lagi persembahan yang dipersembahkan iaitu persembahan choral speaking dan persembahan tarian kemerdekaan “harimau asia”. Majlis menutup tirai pada pukul 11 pagi seiring dengan sesi bergambar bersama tetamu kehormat.ha

Dalam ucapan Pengetua SMK Seri Pantai , En. Wan Mohd Zaidi bin Wan Mahmood, beliau berkata bahawa pencapaian kokurikulum perlulah seiring dengan pencapaian akademik dimana para murid yang bakal melangkah ke universiti akan bergantung pada 90% keputusan akademik dan 10% keputusan kokurikulum di samping keputusan sahsiah yang baik. Walaupun 10% kelihatan kecil namun pada hakikatnya peratusannya sangat besar kerana pencapaian daripada segi akademik semata-mata tidak dapat membantu seseorang murid untuk menjadi seorang individu yang cemerlang.ha3

Selain itu, terdapat juga jual-jualan daripada koperasi sekolah dan pengawas sekolah seperti brownies, French fries, boba milktea, onigiri, tudung bawal dan sebagainya.

Harapan kami sebagai pelajar SMK Seri Pantai agar Majlis Anugerah Cemerlang HEM dan Kokurikulum akan menjadi lebih meriah dan diteruskan pada masa yang akan datang. Semoga majlis ini dapat memberi inspirasi dan seterunya membakar semangat diri murid-murid.ha4