how to write paper presentation buy sociology essays samples of conceptual framework research proposal dissertation writing for years essay my favourite food sabc special assignment

Program Gotong-Royong

Pada 11 Januari 2020 bersamaan 15 Jamadil Awal 1441 pada hari sabtu, telah diadakan satu program gotong-royong di bangunan sekolah yang baharu SMK Seri Pantai. Seramai 300 orang murid terlibat dalam aktiviti ini.

eksa1eksa 2

Majlis dimulakan dengan perasmian program oleh pengetua Smk Seri Pantai, En. Wan Mohd Zaidi bin Wan Mahmood. Seterusnya, program diteruskan lagi dengan pembahagian ‘banner’ kepada setiap kelas mengikut warna blok-blok bangunan sekolah mengikut Ekosistem Kondusif Sektor Awam (EKSA). 

eksa5

Apa yang menarik program gotong-royong kali ini ialah program gatong-royong ini pertama kali dijalankan di bangunan baharu yang mula digunakan pada hari pertama persekolahan tahun 2020. Program gotong-royong ini juga menekankan EKSA dipraktiskan di sekolah. Setiap kelas diberikan banner yang 'standard', menepati ciri-ciri EKSA. Program ini juga dimeriahkan lagi dengan kehadiran wartawan daripada pihak RTM. Terima kasih diucapkan kerana sudi membuat liputan dalam sekolah ini. eksa6

Sebagai penghargaan, murid-murid dan pihak yang terlibat telah diberikan makanan percuma sebagai santapan pagi. Akhir sekali, murid-murid bersama dengan guru kelas mereka memulakan aktiviti gotong-royong dan berakhir dengan jayanya pada jam 12 tengahari. 

 Diharap pada tahun-tahun yang akan datang, program gotong-royong ini akan menjadi lebih meriah dan pelajar menjadi lebih kreatif dan inovatif dalam mencorakkan kelas mereka supaya SMK Seri Pantai menjadi lebih indah dan setanding dengan sekolah-sekolah yang cemerlang di luar sana.Terima kasih pada pihak PIBG, guru-guru dan murid-murid yang hadir menjayakan program ini.