buy essay custom chloroquine resistenz dissertation custom essay sales my favorite restaurant essay a philosophical essay on probabilities how to write best essay for college application review of related literature for ordering system

Program Pelancaran Ziarah Cakna

Pada 10 Februari 2020 bersamaan hari Isnin, telah berlangsungnya Program Ziarah Cakna dan Minda Sihat peringkat sekolah tahun 2020. Majlis ini dikendalikan di bawah Unit Bimbingan dan Kaunseling SMK Seri Pantai. Tujuan program ziarah cakna ini dilaksanakan adalah untuk menunjukkan keprihatinan pihak sekolah kepada murid-murid dalam apa jua keadaan. Selain itu, program ini juga bertujuan untuk menjalinkan hubungan silaturahim antara PIBG, guru-guru dan ibu bapa.

naaa4naaaa

 

 

 

 

 

 

 

 

Bermulanya majlis kira-kira jam 7.30 pagi dengan tetamu kehormat iaitu YDP PIBG SMK Seri Pantai, En. Nazri bin Ahmad dan diikuti dengan nyanyian 3 buah iaitu Lagu Negaraku, Lagu Wilayah dan lagu sekolah. Bacaan doa bagi memberkati majlis dipimpin oleh Ustaz Khairul Anuar bin Mohamed. Seterusnya, majlis dilengkapkan dengan ucapan alu-aluan oleh En. Wan Mohd Zaidi bin Wan Mahmood, Pengetua SMK Seri Pantai. Majlis diserikan lagi dengan ucapan perasmian oleh YDP PIBG SMK Seri Pantai, En. Nazri bin Ahmad.

naaa3

Konklusinya, majlis menutup tirai kira-kira jam 9.00 pagi. Diharap program ini dapat berjalan dengan lancar serta dapat memupuk minat murid untuk hadir ke sekolah setiap hari dan membentuk minda positif di samping program ini dapat menzahirkan simpati dan empati masyarakat.

naaa5